C.E.R.P.E.N

PART 5

20 minit setelah Awan beransur pergi.


" Hye. hmm?! Apa tu? "
" Eh!! Haiii.. Hehe! Takde apa. Just sketch. aje. "
" But, it's look interesting Sandra. May I see it?! " Bersungguh dan mencuba.
" Uhukk.. sorry. Maybe after saya dah siap btul-btul nnt, awak tengok.. boleh? " Sandra buat muka comel plus ala-ala duit lima puluh sen yang baru tu. Suwweet saja. Hehehe..
" Emh. Yelah kalau awak dah cakap macamtu. " Rezza sungguh kecewa.
 Bagi nya, terlalu banyak perkara tentang diri Kasandra tidak mampu di telah nya . Sama seperti nya, gadis itu hasil dari kacukan suku kaum para bangsawan dahulu kala. Dan apa yang pasti..
Rezza sedar,dia hampir kalah kini.


'kringgg..kringggg..kringggggggggggggggggggggggggg...!'
Riuh rendah suara para pelajar n guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun.


PART 4

" Hello. Sandra. " Rezza rasa bahang.
" Hello awak. Dah bangun yer? " Sandra seperti ceria.
" Takla. Tengah tido lagi ni." Rezza dapat rasa panas nya darah yang mengalir ke otak saat ni. Pertama. Sebab dia tengah terkejut lagi dengan berita yang dia terima baru seminit tadi. Sebab kedua. Dia ragu. Sandra bersuara ceria atas faktor yang mana.
" Awak ni. Hehehe." Ya. Dia yakin, mood Sandra ceria di sana.
" Awak ada kat mana tu Sandra? "
" Err. Saya ada kat pangkin, tempat slalu la. Kenapa awak? " Tepat seperti apa yang di beritahu Reyna seminit tadi. Sah Sandra ada di pangkin. Tapi, benarkah menurut Reyna yang Sandra bersama seseorang? Awan ada di sana bersama?! Pelik.
" Awak sorang je? " Dia cuba meneka.
" Aaa..? Ha'ah, mesti la saya sorang je. Macam slalu. Hehe. " Adakah Safi cuba membohongi nya.
" Oh. Awak tunggu. Saya datang sana lagi setengah jam. " Dia mencuba.
" Errr.. Eh! Slama ni liat awak nak datang teman saya kat sini. Kenapa hari ni awak? "
" Saja. Rasa nak sangat datang lepak sana dengan awak. Kenapa? Tak boleh ke Sandra ku sayang? " Dia mula nak rasa semacam dengan respon Sandra pagi ni. Selalu bukan main teruja lagi. Tak boleh jadi ni.
" Emh. Ok. Datang la. Saya tunggu awak kat sini. "
" Da sayang. "
" Tataa.. "




" Maaf Nur jika I kacau pagi U. Tapi I rasa, kat tempat ni jer yang I dapat nak jumpa U pun. " Awan berhelah.
" It's ok. I tak kesah kalau U yang 'kacau'. " Nur memberi ruang.
" Apa I tak silap dengar ke ni? " Awan mula tawa.
" Hehe. Anggap la telinga U tak silap pagi ni ek. " Nur mula selesa. Tersengih-sengih Awan dengan ayat slamber Nur. Memang ikot suka hati minah ni jer nak cakap apa kat aku yer. Hati Awan menelah.
" Hmm. Siapa kol tadi?"
" Oh. Rezza. U tao kan yang I dengan dia?" Nur cuma tak nak Awan anggap dia nak main-main kan hati orang jika tak berterus-terang sedari awal.
" Patot la. Ye. I know. Kalau macam tu. Elok la I gerak dulu. InsyaAllah. Kita pasti jumpa lagi. "
Awan kecewa. Walaupun dari awal lagi dia dah tao, si gadis yang di perhati selama ini sudah berpunya. Awan tetap ingin mencuba.
" I'm sorry. " Nur kecewa juga.
" Don't be. "
" I gerak dulu. " Awan senyum paling manis. Kalah setin susu pekat FnN dalam air milo.



Nur hanya mampu melihat langkah Awan yang semakin jauh, jauh dan jauh. Dia suka kan Awan. Dah lama. Tapi, dalam masa yang sama, dia sudah ada Rezza. Senior nya dari sewaktu zaman sekolah menengah lagi. Rezza yang berkulit putih hasil campuran Melayu-Cina. Keluarga nya berada. Tapi, bukan itu menjamin 'keceriaan' dan 'keterujaan' hati Nur. Dia suka kan orang seperti Awan. Dia suka berbual dengan jejaka itu. Yang bagi nya. Sangat simple dalam segala segi. Juga menarik. Dan Nur Kasandra hilang lagi dalam dunia nya...





episod 4!
- bersambung -

PART 3 


     Dua minggu telah berlalu sejak 'pagi' itu. Si dia mula resah. Mengapa si gadis sudah lama tidak kelihatan. 
"Kau ni kenapa ye Awan? Dalam dua minggu ni aku tengok gaya kau macam ayam tak dapat nak berkokok jer.?" Seorang teman di kuliah bertanya pada si dia sambil terkekeh ketawa.
"Alaaa. Aku ok jer ni ha.Wei! Peribahasa mana kau dapat tu? Ikot suke-suke hati kau je nak ubah."
"Hahahaha! Yer la bro. Dah aku tengok kau macam serabut je. Mesti ada apa-apa ni. Share la bro."
"Aku okey. Seyes." Si dia cuba meyakinkan teman baik nya.
"Hmm. Ok la kalau kau dah cakap macam tu. Aku choww dulu la yer. Nak kena submit assignment ni. Sat gi hangin pulak Dr. Kuljeet kita tuh."
"Ahaaa. Orait."


Awan masih hilang dalam dunia nya. Dia masih berharap si gadis kelihatan di pangkin itu.
Dalam kemamaian fikiran, Awan tersedar yang dia telah terlanggar satu objek bergerak.
"Auchhh!!!"
"Eh! Bau haruman tu!" Awan mula tersedar. Dia memandang ke lantai.
"You?! errrrrr! Maaf. Maaf."
"Hah?!" Si gadis tersentak pabila mendengar suara itu. Suara yang si gadis mula untuk berfikir tentang nya.
"I betul-betul nak mintak maaf ni. Ek eh! You jangan la sampi nak tersembul mata tu tengok I. Seram. Seyes I tak pasan ada orang kat sini tadi."
"Oh! Emh! Takpe-takpe. I pun nak say sorry jugak. Anyway. Bila masa pulak mata I tersembul tengok you. Huh!"
"Tak ek? Hahahahaha!"
Si gadis tersenyum. Manis sekali.
"Gulp!! Err..Hai..jumpa lagi kita kan?"
"Hai. Ye. Tak jangka."
"You tak marah I kan untuk 'pagi' tu?"
"As I said. Mana mungkin" Sambil tersenyum. Lagi.
"Yela. Lama taw I tunggu kemunculan you"
"You tunggu I?!"
"Ahak. Yup."
"Kenapa tunggu?"
"As I said. I suka you. Sungguh."
" Hehe. Pandai la you mengayat."
"Sumpah. Sungguh."
"You know what?"
"What?" Muka Awan berkerut. Ingin tahu.
"Sumpah hanya atas nama Allah sahaja taw. Mana boleh main sumpah suka hati."
"Yer?! Hmm. Jika macam tu. I bersumpah..... You!"
"Yeah."
          Sambil menghulur tangan. "I, Awan. You? Dah lama sangat masa yang I bazirkan untuk mimpikan nama you. So,please...."
"Emh. I, Nur. Just call me Nur."
"Alhamdullillah. Thanks Nur. Yeah. Nur. Cahaya right?" Sambil tersenyum lebar.
"Hehe. You tak payah nak happy sangat ye. A'ah. Pandai."
"I know." Dengan muka yakin. Dan. Poyo.
"Know what?" Nur pelik.
"I pandai! hahahahahah!"
"Hehe. Lucu la you ni."
"I know."
"Hmm?!!"
"I lucu!" Ketawa lagi.
"Oh!" Turut ketawa.
"No fon??"
"Gelojoh."
"It is not. But. You understand right." Hmm.
"I faham. Amek la no i."
"Really?! Are you serious?!"
"Before I'll change my mind........."
"Hohyeaaahhhhhh..!!!" Awan memang tak pandai cover.


Di suatu sudut. Tanpa pengetahuan mereka. Ada seseorang yang melihat dan mendengar kemesraan itu.





















episod 3!
- bersambung -


PART 2

" Hi.. "
      Si gadis tidak terus melihat wajah itu.  Sebaliknya si gadis cuma membisukan diri. Kerana si gadis tidak dapat meneka selaju mana kepantasan degupan jantung nya sekarang ini. Suara sapaan itu. Sebati di koklea nya.
      Perlahan si gadis menoleh.  Lalu mengukir senyum kepada seseorang yang baru sebentar menegur nya.
" Hai. "  Si gadis membalas.
" You memang suka lepak sini yer..? "  Dia mula berani untuk bertanya.  Itupun semangat nya pulih sedikit hasil ukiran senyum si gadis tadi.
" Macam mana you boleh terfikir yang I suka lepak kat sini pulak.? "  Berkerut dahi si gadis dengan pertanyaan si dia.  Pelik kerana seingat si gadis, tidak pernah dia berkongsi dengan sesiapa tempat dia selalu bersantai tika sendirian.
" You jawab pertanyaan I dengan petanyaan. "  Si dia ketawa.
" I serious ni. " Si gadis berpura-pura marah.
        Si dia terus ketawa.  Mungkin cuba menenangkan hati sendiri yang masih berdebar dengan percubaan pertama menyapa si gadis. 
" Okey. I'm sorry kalau buat you rasa tak selesa. Sebenarnya, errr..sebenarnya.."
" Sebenarnya apa ye. Datang je, terus tanya soalan tu.?"  Si gadis memotong percakapan si dia. Tidak sabar.
" I cakap ni, you tak perlu nak marah rasanya. Seyes I takde niat tak baik pun. Sumpah. " Berkata dengan wajah yang di buat polos sambil mengangkat tangan kanan berikrar janji.
Hampir ketawa si gadis dengan si wajah polos itu. Tapi, di tahan nya. Dia hendak terus berlagak serious.
" Ahaa..I try..apa.? " 
" Actually..err..I selalu perhatikan you. Mungkin boleh jika nak kata, kerap. I cuma suka nak kenali you. Sungguh, dah lama I simpan rasa. Kalau I tangguh lagi selepas pagi ni, rasanya memang I tak kan cakap dah. "
        Terdiam si gadis. Bukan marah. Cuma berfikir untuk memberi tindak balas bagaimana dengan pengakuan jujur si dia. Terlalu mendadak rasanya. Sudah lah menerjah ke pangkin tempat si gadis beristirehat.
        Menyapa pun sudah buat hampir separuh arteri jantung nya putus.
 Sudah itu, belum pun arteri nya nak bercantum semula, si dia bertanya tentang pangkin yang menjadi tempat lepak nya ini. Mana tidak terkejut. Kerna, siapa pun yang tahu?
         Baru je oksigen nak di serap ke otak, si dia bertalu terus membuat pengakuan. 
Si gadis mula tak selesa. Tidak selesa bukan kerana si gadis marah atau membenci si dia yang menyapa. Hanya kerana, si gadis sudah berpunya. Si gadis takut jika melayan bicara si dia yang kelihatan mesra secara berlanjutan, akan mengundang konflik dengan kekasih nya. Si gadis perlu menjaga hati kekasih nya. Walau pada masa yang sama, hakikat bahwa si gadis sudah mula berminat untuk mengenali si dia. Kerana si gadis juga ada rasa suka yang menjelma sebelum tiba pagi ini. Sebenarnya.
" Lega rasa nya bila I dapat jugak luah. So.. you marah.? "
        Si gadis tersenyum manis. Lalu membalas, " mana mungkin." Dan, si gadis bangun, lalu terus berlalu.
" Hati I berbisik, kita pasti berjumpa lagi. " Si dia berkata sayup. Sempat di terjah ke pendengaran si gadis. 
Segala bicara berlaku sangat pantas.
Dan.
Tanpa mereka berdua tahu. Hati masing-masing mula mencipta musim bunga.
Hanya dengan perbualan ringkas di 'PAGI' itu.






















 episod 2! 
-bersambung-



PART 1


Pagi itu cuaca sangat dingin. Kerana pada malam itu telah turun hujan dengan lebat nya. Kelihatan seorang gadis sedang bersantai di pangkin beratap rumbia. Ya, memang sungguh nyaman tika itu. Begitu leka si gadis bersandar di dinding pangkin. Lalu si gadis terlelap seketika. Segala perilaku si gadis telah lama di perhatikan seseorang. Hanya memerhati dari kejauhan. Begitulah, hanya dengan menjadi pemerhati setia. Sejak enam bulan berlalu. Hendak di tegur si gadis tadi. Entah mengapa hati nya tiada kekuatan langsung. Bagai salur udara tersekat di rongga kerongkong. "Haihh". Begitula keluhan si pemerhati setia itu setiapkali. Hanya tuan empunya diri sahaja tahu mengapa begitu sukar untuk dia mengungkap kan patah kata kepada si gadis tadi.
Tanpa dia sedari, langkah kaki nya menapak perlahan-lahan ke arah si gadis tadi. Bagai seorang mamai yang tidak di sergah bayu angin membisik. Dia terus menapak. Menapak seolah bertekad. Lalu, tiba lah si pemerhati tadi kearah si gadis. Lantas, tersentak si gadis dengan kehadiran seseorang tersebut.












episod 1!
~bersambung~

No comments:

Post a Comment