Tuesday 28 February 2012

Di Mana Redha nya iBu Bapa ?!



Assalamualaikum.. hai.. (sambil tersenyum)


Aku rasa rindu sangat kat mak dan abah kat rumah.  alangkah best jika duduk kat rumah sekarang. Pasti makan minum sangat terurus. Nak makan apa je, mak masak kan. Tengah penat study, tao2 je mak bancuh kan air vico panas. Arghh! Indah!
Suka tengok mak potpet2, then abah buat dek je..
Sometimes, rasa lucu. Tapi,kalau slalu sangat, tak larat jugak telinga ni nak mendengar.
hah hah!  Apa2 pun, mak dan abah memang ibu bapa terbaik dalam hayat ni. Kerna, tanpa mereka..
Im not here. 


Mak selalu tanya, aku sayang dia atau tak. Apa la mak tanya macam tu. Mana ada anak yang tak sayang kan ibu bapa nya. Jika ada pun, bia la Allah sahaja yang menentukan.
And,,
The answer is " mesti la adik sayang kat mak. 
Malah, terlalu sayang."
(mata dah berair pulak.aduyai)


Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 


Abah dan mak yang membuatkan ku berasa Indah tika di rumah.
Aku bukan lah seorang anak yang terbaik buat mereka.
Tetapi, ingin sekali aku nak mereka tao bahwa aku sentiasa berusaha ke arah itu.
Rasullullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup @ telah tiada
)".  

Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.
Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari".

Huraian hadith: 


- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa.
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) 

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa.
 (hidup atau mati) 

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT.

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.  Tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya: 



- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.  
Cuma jangan lupa..
Doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah 


(ex: makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, macam2 lg la) 



Berusaha dan bertawakal. InsyAllah,,

- rezeki itu bukan hanya kerana kita ni ada sijil SPM, 
STPM, IJAZAH.
Tidak sama sekali!


Tetapi, dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita. 
Mari kita sama2 usaha ke arah begini. 
Allahhuakhbar!!!

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita.
Tak kisah la waktu bangun pagi ke
Dalam kelas, kolej, fakulti ke..
Bagi yang dah berkerjaya..waktu kat pejabat tu..
Waktu makan pagi, petang, siang atau malam..
Di mana saja..
Langsung tak susah kan??
(tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 

Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 






Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.


~hanya mampu tersenyum~

No comments:

Post a Comment